Thursday, 14 March 2013
Happy Birthday Papa...
Assalamualaikum wbt, hari ni 140313 bermakna bertambah lg lah umur hubby..hihiihi dah tua ye papa...'SELAMAT HARI LAHIR PAPA'..Semoga papa terus dimurahkan rezeki, diberi kekuatan utk terus melindungi dan menyayangi kami dan semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt...Aamiin...
Umi takde hadiah spesel utk papa, sekadar kasih sayang yg tak berbelah bahagi dan semoga kita sama2 terus menuju ke jalan Allah hingga akhir hayat...Aamiin..
Papa cuma mintak umi buatkan ambon ni je utk brthday papa, mgkin papa takut umi letih tp umi lg suka kalau selalu buat cmni sebenarnya....ekekekeke..
Tapi kan punyalah sakit kepala ni nak fikir cmner nak buat ambon yg spesel utk brthday papa sbb umi ni kan keras tgn...akhirnya terhasillah ambon dgn deko yg tak seberapa ni ...tapi papa faham kan...hihihii
Tuesday, 5 March 2013
Genting Highlands Strawberry Park...
Assalamualaikum wbt..weekend ari tu saje g lepak kat GH...g petik stroberi kat sana..org pun tak ramai sangat,so bebas la kitaorg nk g sana sini utk cari stroberi yg besar2...
Sambil jln2 tu, kitaorg beli jugak sayur segar 4 jenis RM10, jagung manis 4 tongkol RM10, cendawan kelabu tu pulak satu bekas RM8...buah stroberi yg kitaorg petik tu dapat la dlm2 bekas, RM55.20, sbb 100gm harga dia RM8...minimum kena petik 100 gm ye, tak yah nk ngada2 petik sebiji dua je, tak berbaloi g sana....hihihi
Balik je petang tu terus buat stroberi coklat request dr anak2...kakak seronok sgt sbb dia paling suka mkn buah stroberi ni...
Thursday, 14 February 2013
CNY 2013...
Assalamualaikum wbt..sempena cuti CNY ari tu, kitaorg sempat la g holiday kat PD...last year lg cik hubby dah booking TNB Condo. katanya nk celebrate besday wife dia kat sana la...hihihii
Alhamdulillah masih ada kekosongan dan ada peluang kitaorg g bercuti kat sana, bknnya ape, kalau dapt kat sini at least dapatlah save budget...
Kitaorg sampai sana ptg Jumaat, masa tu mmg tak ramai pun lg org yg dtg, bdk2 pun seronok la dpt terjun kat pool tu, konon2 pool ni aku yg punya...hahahaha
Besoknya kebetulan besday Liza, dan tanpa disangka2 adik yg dok kat Labu tu nk join kitaorg, jd meriah la sikit kan...alang2 diaorg dh dtg, cik hubby pun belilah durian..kiranya celebrate besday thn ni dgn durian la...hihihi
*******************************************************
Hari ketiga lepas bekpes, kitaorg bawak anak2 g PD Ostrich Farm, bkn main suka lagi diaorg sbb dpt pengalaman bg mkn kambing, arnab, ostrich n keldai...kat sini sebenarnya mcm2 jenis binatang yg ada, binatang utk dijual pun ada...
Adik n kakak paling happy bila dpt bg binatang2 ni mkn, kalau boleh, semua daun tu diaorg nk bg...macam2 jenis arnab yg ada kat sini, yg tak pernah jumpa pun ada...sekurang2nya anak2 dpt la kenal kan...bkn anak je, umi dia pun sama...hihiii
Lepas puas jalan2, kitaorg lepak kat kafe dia sambil mkn sate dgg ostrich, mmg manis n sedap, tp kan, ciput je...tu pun harga dia 6 cucuk dah 10 hengget...huiiii, mahaiinyee...
Adik n kakak pun puas dpt naik keldai, mmg jinak binatang kat sini..tak yah nak risau sgt...lagipun ada pekerja dia yg jaga..
Balik tu terus kitaorg check out dr TNB Condo n g check in kat Tiara pulak....hihihii
*********************************************************
Kitaorg check in kat Tiara 100213 n check out 120213...mmg mandi sakan anak2 kat sana, seronok pulak tgk, umi dia pun join sekali...hihihii
Org ramai tak yah cakap la, pool mmg selalu penuh tak kira masa..yg speselnya bilik kitaorg kt tingkat 1 betul2 mengadap pool, jd senang la sikit nk intai org mandi....hihihii
Adik smpai tak nak naik bilik, kalau boleh dia mmg tak nak blk, siap mntak suruh extend lg sehari, tp nak buat cmner kan, papa dah keje hari Rabu...nnt lain kali insyaallah panjang umur, ada
rezeki kita dtg sini lg ye...
Kiranya 5 hari 4 malam jugak la kitaorg holiday kat PD kali ni...seronok, tp jln menghala ke Teluk Kemang mmg setiap hari jammed teruk, serik pun ada...
Saturday, 12 January 2013
Grand Lexis PD...
Sempena menyambut thn baru hari tu, cik hubby bermurah hati ajak kitaorg g mkn angin kat PD...balik je dr sekolah angah hari tu, terus dia ckp ' kalau g jalan pun best jugak ni',..apa lagi, kitaorg pun cakap ok...hahahaaha
Lepas tu dia pun survey la hotel GL ni, yg dah lama dia ngidam nak g...bila tgk gambar kat Google punya la cantek hotel dia, siap ada private pool lg dlm setiap bilik....mmg anak2 suka sgt...nasib baik bila cik hubby call hotel tu ada lg bilik kosong, alhamdulillah rezeki kitaorg...
Sampai je kat sana dlm pkl 2 ptg, anak2 terus tukar baju kolam n mandi sampai tak hengat, seronok betul diaorg...sampai umi dia terlelap n bangun pun diaorg tak habis2 lg mandi...macam jakun la pulak....hihihiii
Lepas tu diaorg naik sekejap, mkn n terus g pool besar kat hotel tu pulak...mmg mandi sakan la..tak nampak letih langsung, tapi bila nak g dinner mulalah masing2 mata dah tak boleh nak bukak, keletihan sgt2..lepas dinner, kitaorg g jalan2 kat PD Walk, balik tu terus adik mintak nak g kat game room...
Bila sampai je kat sana, masing2 yg dah ngantuk td, terus segar bugar...tu la budak2 kan..main, main n main...tak pyah nak pikir apa2 pun, senang hidup...hihihii
Besoknya lepas bekpes, diaorg mandi lg sampai puas sebelum balik...risau jugak Liza tgk diaorg mandi, bknnya apa takut ada yg tak nak g sekolah pulak besok...
Tuesday, 8 January 2013
1st Day Yana Kat Tadika...
Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...ni gambar Yana masa 1st day kat tadika, haaa jgn tak tau, senyum lebar tuuu....hihihihi, sebenarnya Yana ni mmg anak yg cerdik, dah tau dah dia tak akan nangis sbb xcited sgt nak g sekolah...tp dlm masa yg sama dia sedih sbb terpaksa tinggalkan umi dia srg2 kat umah..
Tiap2 hari sebelum g sekolah dia akan pesan ' masa adik g sekolah nnt, umi jaga diri elok2 tau." ..Macam nenek tua...hihihihi
Hari kedua tu dia siap pesan suruh umi ambik lambat sbb adik nak main gelongsor dulu, dia cakap...amboii, bila dah g sekolah tak nak balik pulak...macam2 la Yana ni..
Hari ni pulak dia xcited sgt sbb cikgu bagi homework....hahaaha, org lain tak nak hwork, tp dia terlebih xcited la pulak...ye la, 1st time dpt hwork kan....tgk la hujung tahun nnt, kompem tak nak g sekolah kalau hari2 cikgu bg hwork...hihiii
Apa2pun umi ngn papa doakan adik berjaya dunia dan akhirat, sentiasa dilindungi oleh Allah dan membesar dgn sihat dan menjadi anak yg baik...Aamiin
Saturday, 5 January 2013
Welcome...
Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua...blog ni khas utk cerita ceriti ttg kehidupan kitaorg, apa yg kitaorg buat, mana kitaorg pergi n mcm2 lg la...sekadar utk dijadikan kenangan di hari mendatang..
Subscribe to:
Posts (Atom)






