Thursday 12 January 2017

Jalan2 SUMBAR ...Hari 4




Hari terakhir, sempat bergambar dgn Agus dan Pak Ucop tourist guide kami, terimakasih banyak sbb sudi layan kerenah kami ni







Mula2 dr Bukit Tinggi plan terus nak ke Malim Kundang kat area Padang..tapi menurut kawan pada Pak Ucop, tempat ni dah dilitupi ngn pasir pantai..ok la kita tukar plan, ronda2 kawasan Padang je la..




 

 
Jangan tak tau ye, kat Padang ni ada satu kedai mamak tapi mamak Padang la, jgn nak pandai2 order roti canai ke teh tarik ke, mmg tak de la..menu yg ada cuma Soto Minang, Gado2, Cendol Airmata Pengantin dan ada sejenis dua lagi yg Liza lupa...tu je menu dia ye
 
 
 
 
 



 
Bergambar di hadapan masjid besar di Padang, masih belum siap sepenuhnya...cuba tgk bumbung tu, tetap Minagkabau kan...mmg cantik masjid ni, Kompleks Masjid Raya nama diberi...
 
 
 
 

Bukti kitaorang g Padang,ihihi
 
 
 

ni kawasan pantai pesisir Padang..
 
 

Ni lah rupanya tauhu sumedang, saje nk rasa




 
 
Selamat tinggal bumi Sumatera Barat, insyaallah ada rezeki dan panjang umur, kita datang lagi..
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman hidup yg kami dapat di sini..terima kasih semua teristimewa sekali utk Agus dan Pak Ucop




Jalan2 SUMBAR .....Hari 3








Ni pemandangan di awal pagi dr bilik hotel...kalau zoom betul2 mmg akan nampak Jam Gadang tu..



 
 


Hari ni kitaorang akan pergi ke Kelok 44 di Danau Maninjau...sampai kat Kelok 43 ( mmg kita akan bermula dr Kelok 44 ye), kitaorang berhenti utk amik gambar..Subhanallah. terlalu cantik utk digambarkan, macam poskad pun ada, tu gambar yg real ye, bukan poskad..




Memang tak puas bergambar kat sini, cantik sangatttt





Bila dah sampai bawah,pemandangan dah tak berapa cantik, biasa2 je kan..


 
 

On the way nk turun dr sana, kami singgah kat kedai labu..kat sini ada macam2 hasil yg diperbuat drpd labu kuning tu...ada aiskrim labu original n coklat, kerepek labu dan macam2 lagi la..boleh la kitaorang rasa serba sedikit...selama ni tak pernah tau pun labu tu org buat kerepek,hihiih



Satu lagi yg unik kat sini, ada tong gas yg kecik cm dalam gambar kat atas tu  3kg je isi dia..ringan je nak bawak kan


Lepas tu kitaorang makan nasi padang lagi tapi kat restoran lain pulak tapi kali ni tak ambil gambar la..






Ni la rupanya Pasar Jenjang 40 atau disebut juga pasar atas dan bawah..buka sampai petang je ye..ni kat kawasan Jam Gadang sebenarnya, tapi disebabkan tutup awal, terpaksa lah kitaorang g petang tu..
Lepas tu kitaorang balik hotel dan packing barang sebab esok dah nak balik





Malam terakhir kami di sana, ada persembahan kat Jam Gadang ..katanya dr murid2 sekolah
Kata Pak Ucop dan peniaga kat situ, malam tu mmg betul2 surprise sbb ada persembahan, biasanya hanya malam minggu atau mereka akan diberitahu...tapi malam tu, diaorang pun tak tau
Husband cakap, rezeki kita utk kenal budaya diaorang...betul la tu, kan



Jalan2 SUMBAR....Hari 2




Selepas breakfast kat hotel pg kedua, kitaorang start ronda2 la...dlm perjalanan ke Istana Pagar Ruyong, kitaorang berhenti kat satu tempat pelancongan yg tak ramai tau katanya, Ikan Sakti di Agam Sg Janiah..





Mengikut cerita penduduk setempat, ikan sakti ni asalnya manusia yg disumpah...kiranya ikan2 yg banyak kita tgk tu ialah anak2 dia,tak taulah sejauh mana kesahihan cerita tu kan

Tapi yg paling menarik sepanjang melalui perkampungan utk ke tempat ikan sakti ni, Liza tgk setiap rumah ada perkuburan dalm kawasan rumah, pelik kan...Liza pun apa lagi, terus Tanya kawan hubby kenapa org mati tak tanam kat kawasan perkuburan khas..dia cakap biasanya itu permintaan si mati sebelum dia meninggal, makanya kalau 3 orang yg meninggal, maka dalam kawasan rumah tu akan ada 3 kubur la, faham kan...satu pemandangan dan satu pengalaman lain yg kitaorang dapat kat situ









Lepas tu kitaorang bertolak ke Istano Basa Pagar Ruyung pulak...memang cantik sentuhan Minangkabau ni..kami diterangkan bahawa setiap bumbung rumah atau istana Minangkabau ada maksud tersendiri...contohnya kalau bumbung tu bertingkat mcmc gambar istana tu, maknanya keluarga di dlm istana atau institusi itu mengamalkan kasta...macam dlm istana ni ni pun ada bahagian2 tertentu...

Misalnya utk anak yg sudah berkeluarga, bilik mereka di tingkat bawah tetapi mereka hidup sendiri2...macam tak tinggal sebumbung, buat utk keluarga mereka shj

Utk anak dara pula, bilik mereka di tingkat dua, kat sini tempat larangan melainkan Sultan..

Ditingkat tiga iaitu tingkat yg paling tinggi adalah bilik mesyuarat rahsia antara Sultan dan org kanannya shj, juga tempat simpan harta...tingkat ini juga adalah tempat larangan

Bagi anak2 lelaki yg telah baligh, mereka akan dihantar ke surau utk hidup berdikari..




Lepas dah penat menjelajah istana, kitaorang g makan nasi padang...sebelum makan tu sebenarnya kitaorang dah singgah minum jus alpukat ( avocado ) kat satu tasik tu, lupa nama dia,hihii

Lepas selesai solat Zohor kat restoran nasi padang ni, kitaorang g shopping la pulak...kami dibawa ke satu tempat istimewa iaitu Pasar Aur Kuning, kat sini temat pemborong sebenarnya..macam2 ada dan harga kat sini pun jauh lebih murah berbanding tempat lain..katanya juga peniaga dr Bandung pun dtg beli stok kat pasar ni..
Mengikut kata Agus, kalau ikut pemandu pelancong, kita tak akan dibawa shopping kat sini sbb sini sesak dan sibuk sikit,ala2 Pengkalan Kubur kat Klate tu la konon2nya,hihii
Tak ingat pulak nk amik gambar kat sini sebab sibuk sgt shopping..telekung, kain batik, kain ela dan macam2 lagi la ada jual kat sini, cuma mak bapak je takde ye,hihii

Lepas solat Asar kat pasar td, kami pergi pula ke Lobang Jepang ( Lubang Jepun )...ni mmg dah dekat dgn hotel kitaorang
Lubang ni tempat Jepun sembunyi dulu, yg peliknya masa Jepun buat lubang atau terowong kat sini, penduudk tempatan mmg langsung tak boleh kesan...sampai skarang pun,  masih menjadi misteri kemana tanah2 yg dikorek utk buat terowong tu dibuang







Lepas selesai sessi lawatan ke Lobang Jepang  ni, kitaorang balik hotel utk solat Maghrib ..lps solat, hubby ajak dinner kat hotel je sbb dia cakap tak nak makan nasi mlm tu, I followww
Jadinya malam tu kami keluar ke Jam Gadang utk menikmati keindahan kat sini..tiap2 malam kami dtg sini sbb mmg dekat ngn hotel,hihi
Sebenarnya bila waktu malam kat sini, mmg cantik ...





Lepas habis cuci mata, singgah minum kat satu kedai ni...Agus ngn Pak Ucop order teh susu telur macam dlm gmbar kat atas tu..bancuhan teh susu, pastu dipecahkan telur sebiji kat dlm tu...eemmmmm

Pastu balik hotel n tidur awal sbb esok nk sambung g jalan lagi,hihiii




Wednesday 4 January 2017

Jalan2 ke Bukit Tinggi,SUMBAR ...Hari 1





Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah cuti sekolah ari tu, dapat juga kami menjejakkan kaki ke negara orang...alaa, g Indonesia je pun,hihihi..excited tu terlebih sbb pestime g melawat negara org







Kami berlepas pada pkl 1.55pm waktu Malaysia dan tiba di Minangkabau International Airport pada pkl 2.05pm waktu tempatan ( kiranya masa tu pkl 3.05 waktu Malaysia)..Alhamdulillah perjalanan yg dipermudahkan

Keluar je kami dr balai ketibaan tu, kawan hubby dh menunggu kat situ..terus kami di bawa utk ke Bukit Tinggi yg katanya mengambil masa selama lebih kurang 2 jam sekiranya tak jem

Tapi kitaorang ari tu tak bernasib baik sbb jem yg teruk sgt ..jalan kat sana sempit, takde highway dan mmg kena bnyk2 bersabar la..akhirnya kami berhenti utk minum di kedai gambar kat bawah ni











Pemandangan dr atas kedai ni mmg cantik sbb sawah padi kat bawah tu, kalau nk tau yg baju merah dan baju putih tu la kawan hubby..Pak Agus dan Pak Ucop, baikkkk sangat



Muka2 keletihan,hihihi




Pemandangan dr atas kedai..







Disebabkan kesesakan jalan yg amat teruk utk ke Bukit Tinggi, maka kami terpaksasolat Asar dan Maghrib dipertengahan jalan...kalau nak tau walau waktu kt sana lewat 1 jam dr Msia tapi waktu masuk solat ikut jam Msia...maksudnya Maghrib kat sana pkl 6.05pm ( waktu Msia pkl 7.05pm)...faham kan,hihihi

Lps settle semua dan perut pun dah berkeroncong, maka kami di bawa ke kedai nasi kapau...sebenarnya masa dlm flight, Liza terdengar la jugak ada org cakap kalau ke Bukit Tinggi mesti kena try nasi ni, jadi bila sampai Liza terus Tanya kawan hubby ni kedai yg jual nasi kapau..

Nasi kapau tu bermaksud nasi dan lauk pauk yg dimasak menggunakan kayu api bukan dapur gas...cmtu maksud dia kan






Lauk2 yg ada kat kedai nasi kapau Uni Cah ni...pilih je yg mana berkenan





Selesai makan dan dlm perjalanan nk ke hotel kami, Agus ajak kitaorang menikmati suasana kt Jam Gadang..mmg kat sini ramai org, nak2 waktu malam...mmg cantik
Tapi masa ni cuma amik gambar je la, dah penat sangat...ye la kan dah sehari suntuk tak lelapkan mata






Akhirnya sampai juga di hotel yg kami tempeh, Grand Rocky Hotel Bukit Tinggi, dekat je dgn tempat jam gadang tu...nnt boleh pergi lagi


Ok, sekian utk hari pertama, insyaallah nnt ada kesinambungan utk hari2 seterusnya selama 4 hari kami di sana..




Thursday 1 September 2016

Pertandingan Hari Kemerdekaan




Assalamualaikum wbt dan salam rindu utk semua....lama sgt dah tak update blog ni kan..

Ari ni adik ada pertandingan utk hari kemerdekaan kat sekolah dia...punya la lama dia dok ulang2 cakap, nnt adik nak masuk pertandingan baju merdeka tu ye, mula2 buat tak tau je, tapi lama2 kesian la pulak kan sbb dia beria2 sgt..









Dan akhirnya papa mengalah, tempah jugak la baju bendera ni utk adik..punya la dia senyum sampai telinga,hihii
Pagi ni pun excited sgt dia, bangun awal dr biasa..tak sabar2 nak pakai baju bendera tu..apa2 pun kami semua sentiasa sokong adik, saying adik..






Dah macam ahli parlimen kawasan pun ada,hihihi

Monday 10 August 2015

Happy Birthday Kakak...



Sebenarnya birthday kakak dah lama lepas, huhuhu umi baru ingat nak upload kat sini,,sori ye kakak
Birthday kakak sebenarnya pada 13 Jun yg lepas, apa2 pun umi n papa doakan kakak berjaya dgn cemerlang dlm UPSR nnt, menjadi anak yg solehah dan sentiasa dilindungi Allah swt...Aamiin





Suka sangat bila umi buat kek peberet dia ye...saaayang kakak







Tiap kali kalau tanya kakak nk kek apa, kek ni lah yang dia akan mintak tanpa pernah jemu, Red Velvet tapi kali ni umi  buat dlm bntuk cupcake je..senang n comel macam kakak kan..ihhii



Tuesday 5 May 2015

Swiss Garden Residence Melaka ...


Sempena cuti 1 Mei ari tu, ambil kesempatan utk g jalan2 kat Melaka..ye la kebetulan abang cuti, senang sikit nak g mana2 pun..kali ni papa decide nk try menginap kat Swiss Garden Residence yg terletak kat Bandar Melaka..biasa dok kat tgh2 Bandar hilir, kali ni ubah selera pulak..
Tapi cuti kali ni mmg betul2 sesak la, nak g mana2 pun jammed teruk..dr KL ke Melaka pun ambik masa 5 jam,huhhh
Yang untungnya hotel ni kat atas shopping complex dan kat dalam shopping complex tu pulak ada The Oceanarium Melaka, tiket masuk RM28 adult..kat dalam ni macam2 jenis spesies hidupan laut dan reptilia yg ada, ala2 Under Waterworld kat Langkawi tu la...takmo citer panjang2, jom tgk gambar








Gambar kat bawah ni pulak adalah suasana malam kat sekeliling hotel tu, memang meriah kat situ..jalan kaki je dari hotel lebih kurang 10 minit..






Ni pulak, view kawasan sekitar drtingkat 19 Swiss Garden Residence Melaka....