Thursday 12 January 2017

Jalan2 SUMBAR....Hari 2




Selepas breakfast kat hotel pg kedua, kitaorang start ronda2 la...dlm perjalanan ke Istana Pagar Ruyong, kitaorang berhenti kat satu tempat pelancongan yg tak ramai tau katanya, Ikan Sakti di Agam Sg Janiah..





Mengikut cerita penduduk setempat, ikan sakti ni asalnya manusia yg disumpah...kiranya ikan2 yg banyak kita tgk tu ialah anak2 dia,tak taulah sejauh mana kesahihan cerita tu kan

Tapi yg paling menarik sepanjang melalui perkampungan utk ke tempat ikan sakti ni, Liza tgk setiap rumah ada perkuburan dalm kawasan rumah, pelik kan...Liza pun apa lagi, terus Tanya kawan hubby kenapa org mati tak tanam kat kawasan perkuburan khas..dia cakap biasanya itu permintaan si mati sebelum dia meninggal, makanya kalau 3 orang yg meninggal, maka dalam kawasan rumah tu akan ada 3 kubur la, faham kan...satu pemandangan dan satu pengalaman lain yg kitaorang dapat kat situ









Lepas tu kitaorang bertolak ke Istano Basa Pagar Ruyung pulak...memang cantik sentuhan Minangkabau ni..kami diterangkan bahawa setiap bumbung rumah atau istana Minangkabau ada maksud tersendiri...contohnya kalau bumbung tu bertingkat mcmc gambar istana tu, maknanya keluarga di dlm istana atau institusi itu mengamalkan kasta...macam dlm istana ni ni pun ada bahagian2 tertentu...

Misalnya utk anak yg sudah berkeluarga, bilik mereka di tingkat bawah tetapi mereka hidup sendiri2...macam tak tinggal sebumbung, buat utk keluarga mereka shj

Utk anak dara pula, bilik mereka di tingkat dua, kat sini tempat larangan melainkan Sultan..

Ditingkat tiga iaitu tingkat yg paling tinggi adalah bilik mesyuarat rahsia antara Sultan dan org kanannya shj, juga tempat simpan harta...tingkat ini juga adalah tempat larangan

Bagi anak2 lelaki yg telah baligh, mereka akan dihantar ke surau utk hidup berdikari..




Lepas dah penat menjelajah istana, kitaorang g makan nasi padang...sebelum makan tu sebenarnya kitaorang dah singgah minum jus alpukat ( avocado ) kat satu tasik tu, lupa nama dia,hihii

Lepas selesai solat Zohor kat restoran nasi padang ni, kitaorang g shopping la pulak...kami dibawa ke satu tempat istimewa iaitu Pasar Aur Kuning, kat sini temat pemborong sebenarnya..macam2 ada dan harga kat sini pun jauh lebih murah berbanding tempat lain..katanya juga peniaga dr Bandung pun dtg beli stok kat pasar ni..
Mengikut kata Agus, kalau ikut pemandu pelancong, kita tak akan dibawa shopping kat sini sbb sini sesak dan sibuk sikit,ala2 Pengkalan Kubur kat Klate tu la konon2nya,hihii
Tak ingat pulak nk amik gambar kat sini sebab sibuk sgt shopping..telekung, kain batik, kain ela dan macam2 lagi la ada jual kat sini, cuma mak bapak je takde ye,hihii

Lepas solat Asar kat pasar td, kami pergi pula ke Lobang Jepang ( Lubang Jepun )...ni mmg dah dekat dgn hotel kitaorang
Lubang ni tempat Jepun sembunyi dulu, yg peliknya masa Jepun buat lubang atau terowong kat sini, penduudk tempatan mmg langsung tak boleh kesan...sampai skarang pun,  masih menjadi misteri kemana tanah2 yg dikorek utk buat terowong tu dibuang







Lepas selesai sessi lawatan ke Lobang Jepang  ni, kitaorang balik hotel utk solat Maghrib ..lps solat, hubby ajak dinner kat hotel je sbb dia cakap tak nak makan nasi mlm tu, I followww
Jadinya malam tu kami keluar ke Jam Gadang utk menikmati keindahan kat sini..tiap2 malam kami dtg sini sbb mmg dekat ngn hotel,hihi
Sebenarnya bila waktu malam kat sini, mmg cantik ...





Lepas habis cuci mata, singgah minum kat satu kedai ni...Agus ngn Pak Ucop order teh susu telur macam dlm gmbar kat atas tu..bancuhan teh susu, pastu dipecahkan telur sebiji kat dlm tu...eemmmmm

Pastu balik hotel n tidur awal sbb esok nk sambung g jalan lagi,hihiii




No comments:

Post a Comment