Thursday 26 March 2015

Perhentian Island Resort dlm kenangan...


Alhamdulillah, sampai jugak kami ke Pulau Perhentian setelah beberapa kali hasrat dan hajat tertangguh...sungguh tak dapat dibayangkan dgn kata2 betapa cantiknya alam ciptaan Allah swt ini...

Kat sini, sempoi je..tak yah pikir nak melawa, pakai baju mandi je  sbb tu je la aktiviti sepanjang bercuti kat sini..lepas snorkeling, petang aktiviti tepi pantai pulak, pihak hotel pun ada buat sukan lawan dgn guests, mmg tak boring la kat sini..

Dan satu lagi kat pulau ni, seperti yg diberitahu semua resort tak sediakan TV ye, jadi masa tu mmg betul2 utk family..siang aktiviti laut, malam akitviti family pulak...kitaorg pun sepanjang kat sana mmg tidur awal, lebih kurang pkl 10 mlm tu mmg dah lena ...hihihi
Kat sana, mmg betul2 utk relax...


Sebelum bertolak ke Pulau Perhentian, kami transit di The Manor Beach Resort semalaman...chalet dan kawasan yg cantik..
 
 

Hari pertama sampai kat Perhentian Island Resort (PIR)..rehatkan diri dulu...simpan tenaga utk besok


Ikan2 tengah makan roti yg adik bagi, cuba tengok air tu..jernih sangat kan..



Let's go snorkeling..hari pertama di bawa ke Taman Laut Malaysia, Fish Point dan Turtle Point..






Subhanallah subhanallah...mmg banyak Liza amik gambar kat pulau ni sbb dah jatuh cinta...hihihi, pada sesiapa yg rasa nak tgk keindahan alam dan nak rehatkan minda tu, bolehlah g jalan2 kat sini ye...


Terkesima dan terpesona dgn keindahan kat pulau ni...biarlah gambar berbicara...




Hari kedua snorkeling, kali ni kat Pulau Rawa pulak...tak tau la ejaan tu betul atau salah...hihii
Kat sini mmg lagi cantik , subhanallah, teramat cantik..tak puas rasanya tengok keindahan alam...
 

Adik srg je yg tunggu atas bot sebab takut nak turun dlm air, dalam dia cakap...hihihih


Lepak2 makan kat kampong lepas penat snorkeling...

Dah nak balik dah, insyaallah ada rezeki kami datang lagi, secara jujurnya memang kitaorang tak nak balik...tak puas dok sini,hihihi

No comments:

Post a Comment