Tuesday, 5 May 2015
Happy Birthday Adik...
Selamat Hari Lahir yg ke 7 adik..sebenarnya birthday adik 140415 ari tu lagi...baru sempat nk update kat sini...hihii
Kek birthday request dr birthday girl yg comel ni...nak dress ropol yg berlapis2,huhhh ikutkan je la..janji dia happy kan,alhamdulilah segalanya dipermudahkan...
Sempena kelahiran adik ni, umi n papa mendoakan yg terbaik utk adik, semua yg dikehendaki oleh parents di dunia ni...semua yg baik2 je..Insyaallah, Aamiin...
Thursday, 26 March 2015
Perhentian Island Resort dlm kenangan...
Alhamdulillah, sampai jugak kami ke Pulau Perhentian setelah beberapa kali hasrat dan hajat tertangguh...sungguh tak dapat dibayangkan dgn kata2 betapa cantiknya alam ciptaan Allah swt ini...
Kat sini, sempoi je..tak yah pikir nak melawa, pakai baju mandi je sbb tu je la aktiviti sepanjang bercuti kat sini..lepas snorkeling, petang aktiviti tepi pantai pulak, pihak hotel pun ada buat sukan lawan dgn guests, mmg tak boring la kat sini..
Dan satu lagi kat pulau ni, seperti yg diberitahu semua resort tak sediakan TV ye, jadi masa tu mmg betul2 utk family..siang aktiviti laut, malam akitviti family pulak...kitaorg pun sepanjang kat sana mmg tidur awal, lebih kurang pkl 10 mlm tu mmg dah lena ...hihihi
Kat sana, mmg betul2 utk relax...
![]() |
Sebelum bertolak ke Pulau Perhentian, kami transit di The Manor Beach Resort semalaman...chalet dan kawasan yg cantik..
|
![]() |
Hari pertama sampai kat Perhentian Island Resort (PIR)..rehatkan diri dulu...simpan tenaga utk besok
|
Ikan2 tengah makan roti yg adik bagi, cuba tengok air tu..jernih sangat kan..
|
![]() |
Let's go snorkeling..hari pertama di bawa ke Taman Laut Malaysia, Fish Point dan Turtle Point..
|
![]() |
Terkesima dan terpesona dgn keindahan kat pulau ni...biarlah gambar berbicara...
|
![]() |
Hari kedua snorkeling, kali ni kat Pulau Rawa pulak...tak tau la ejaan tu betul atau salah...hihii
Kat sini mmg lagi cantik , subhanallah, teramat cantik..tak puas rasanya tengok keindahan alam...
|
![]() |
Adik srg je yg tunggu atas bot sebab takut nak turun dlm air, dalam dia cakap...hihihih
|
![]() |
| Lepak2 makan kat kampong lepas penat snorkeling... |
![]() |
Dah nak balik dah, insyaallah ada rezeki kami datang lagi, secara jujurnya memang kitaorang tak nak balik...tak puas dok sini,hihihi
|
Swiss Garden Residence Kuantan...
Saje nk mencuba tempat baru, yg paling anak2 suka sbb kat sini ada mini waterpark,kalau boleh mmg diaorg nk berendam je dlm kolam 24 jam, mmg budak2 ni suka air kan..
Tapi bagi Liza , servis kat sini masih perlu diperbaiki lagi,ye la tempat baru kan, bnyak lagi kekurangan...staff kat sini pun boleh dikatakan 99% warga asing, jadi mmg tak berapa friendly lah...
Cuci mata tgk gambar2 ni je la ye...
Legend Hotel Cherating...
Assalamualaikum wbt .,dah lama sangat rasanya tak update apa2 kat blog ni kan..hari ni dgn azam dan tekad, Liza nak masukkan sebanyak mungkin n3 yg tertangguh dr tahun lepas lagi...alaa, bukan n3 apa pun, n3 jenjalan je...hihihi
Rasanya hujung tahun lepas kitaorang g Cherating ni, saje nak menghirup udara segar dan nak tengok pemandangan pantai yg cantik..dapat jugak la menghilangkan penat kan...
Thursday, 9 October 2014
Jalan Jalan Muzium Negara...
Disebabkan cuti Aidiladha hari tu, kami tak ke mana2, jadi hubby decide nak bawa anak2 melawat Muzium Negara utk ceriakan diaorang..lagipun mmg dah lama tak ke sana, rasa2nya last masa angah kecik, lebih kurang 14 tahun lepas...hihii
Adik n kakak mmg tak pernah sampai pun lagi, kakak kemain seronok lagi, tapi adik biasa la, mula2 ok lagi, pastu lama2 dia boring..amik gambar pun senyum paksa...hihi
Yang bestnya g time ni sebab tak ramai orang, ye la kan, orang sibuk balik kampung....hihihi
Memang banyak perubahan muzium ni dulu n sekarang...sekarang ni tempat pun dah makin besar, makin banyak tempat yg boleh kita lawati...apa2 pun layan je gambar kat atas ye...hihii
Happy Birthday Angah...
Assalamualaikum wbt...tanggal 041014 bersamaan hari Sabtu sebelum Aidiladha hari tu genaplah umur angah 15 tahun...
Selamat Hari Lahir buat puteri sulung umi n papa, semoga berjaya di dlm PT3 nanti, semoga menjadi anak yg solehah, semoga sentiasa berjaya dunia n akhirat dan semoga sentiasa berada di dlm lindungan Allah Yang Maha Besar...Aamiin
Oreo cheesecake ni je yang mampu umi buat, tapi umi tau angah mmg suka sangat dgn kek ni kan...hihihi
Wednesday, 10 September 2014
Sukaneka Tadika Alphanumeric 2014....
Assalamualaikum wbt...dah lama sangat rasanya Liza tak jenguk blog ni..kali ni Liza nak masukkan gambar2 sukan adik ari tu..sukaneka ni kiranya yg terakhir lah bg adik sbb tahun depan dah naik darjah 1...dan mungkin jugak thn depan adik akan berpisah dgn kawan2 tadika ni, ye la kan mungkin masing2 dah sekolah lain..jadi dgn adanya gambar ni, mungkin satu hari nanti bila adik dah besar adik dapat mengimbas kembali suasana dan kenangan bersama kawan2 n cikgu di sini...
Ni gambar sebelum acara dimulakan...
Antara acara yg diadakan, macam biasa la..kalau tang berlari ngn melompat mmg adik la juara...hihihii
Tengah tunggu turn, siap posing dulu..
Yeayyy, dapat hadiah...sebenarnya semua org dapat hadiah, almaklumlah tadika kan, kang kalau tak dapat ada pulak yg menangis....hihii
Kami menanggg...hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)



















