Showing posts with label Yana. Show all posts
Showing posts with label Yana. Show all posts
Thursday, 1 September 2016
Pertandingan Hari Kemerdekaan
Assalamualaikum wbt dan salam rindu utk semua....lama sgt dah tak update blog ni kan..
Ari ni adik ada pertandingan utk hari kemerdekaan kat sekolah dia...punya la lama dia dok ulang2 cakap, nnt adik nak masuk pertandingan baju merdeka tu ye, mula2 buat tak tau je, tapi lama2 kesian la pulak kan sbb dia beria2 sgt..
Dan akhirnya papa mengalah, tempah jugak la baju bendera ni utk adik..punya la dia senyum sampai telinga,hihii
Pagi ni pun excited sgt dia, bangun awal dr biasa..tak sabar2 nak pakai baju bendera tu..apa2 pun kami semua sentiasa sokong adik, saying adik..
Dah macam ahli parlimen kawasan pun ada,hihihi
Tuesday, 5 May 2015
Happy Birthday Adik...
Selamat Hari Lahir yg ke 7 adik..sebenarnya birthday adik 140415 ari tu lagi...baru sempat nk update kat sini...hihii
Kek birthday request dr birthday girl yg comel ni...nak dress ropol yg berlapis2,huhhh ikutkan je la..janji dia happy kan,alhamdulilah segalanya dipermudahkan...
Sempena kelahiran adik ni, umi n papa mendoakan yg terbaik utk adik, semua yg dikehendaki oleh parents di dunia ni...semua yg baik2 je..Insyaallah, Aamiin...
Wednesday, 10 September 2014
Sukaneka Tadika Alphanumeric 2014....
Assalamualaikum wbt...dah lama sangat rasanya Liza tak jenguk blog ni..kali ni Liza nak masukkan gambar2 sukan adik ari tu..sukaneka ni kiranya yg terakhir lah bg adik sbb tahun depan dah naik darjah 1...dan mungkin jugak thn depan adik akan berpisah dgn kawan2 tadika ni, ye la kan mungkin masing2 dah sekolah lain..jadi dgn adanya gambar ni, mungkin satu hari nanti bila adik dah besar adik dapat mengimbas kembali suasana dan kenangan bersama kawan2 n cikgu di sini...
Ni gambar sebelum acara dimulakan...
Antara acara yg diadakan, macam biasa la..kalau tang berlari ngn melompat mmg adik la juara...hihihii
Tengah tunggu turn, siap posing dulu..
Yeayyy, dapat hadiah...sebenarnya semua org dapat hadiah, almaklumlah tadika kan, kang kalau tak dapat ada pulak yg menangis....hihii
Kami menanggg...hihihi
Monday, 14 April 2014
Happy Birthday Adik....
Assalamualaikum wbt, hari ni tanggal 140414 genaplah umur adik 6 tahun..
Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan umi n papa, semoga menjadi insan yg berjaya dunia n akhirat...Aamiin
Kali ni adik request kek yg simple2 je, tak nak gambar, cuma bunga je sikit2...so, umi buatkan adik kek American Chocolateutk celebrate dgn kawan2 n cikgu2 kat tadika...
Wednesday, 2 October 2013
Sukan Tahunan Tadika Alphanumeric Bestari 2013...
Sebenarnya sukan ni hari Sabtu hari tu lagi 280913...tapi baru hari ni berkesempatan nk update gambor2...jom layannnn
Semoga Adik Cepat Sembuh....
Assalamualaikum wbt...hari ni adik cuti lagi, demam..baru sekolah sehari dah cuti balik..tapi nak buat cmner kan..umi risau sangat bila anak2 umi demam, adik pulak selalu demam malam, umi nak tidur pun tak lena...cian kat umii...hihihihii
Ni la rupa lepas balik dr klinik, doc cakap suhu badan adik tinggi sgt, so doc terpaksa masukkan ubat ikut punggung..adik sipu2 malu bila doc buka seluar dia..hihii
Umi harap adik cepat2 la sembuh n blh pergi sekolah balik ye...
Tuesday, 16 April 2013
Celebrate Birthday Adik Kat Tadika....
Celebrate birthday adik kat sekolah buat lewat sikit sbb kebetulan birthday adik thn ni jatuh hari Ahad....jd celebrate kat sekolah hari Selasa, umi cuma buatkan kek red velvet slice je, senang bdk2 tu nk mkn....
Sunday, 14 April 2013
Happy Birthday To Yana...
Assalamualaikum wbt...hari ni genaplah 5 tahun adik dilahirkan ke dunia...umi ngn papa selalu mendoakn yg terbaik utk adik...semoga adik sihat sentiasa, dilindungi Allah swt, dimurahkan rezeki, sentiasa menjaga perilaku dan tahu menghormati org lain....Aamiin
Semoga kejayaan juga sentiasa menjadi milik adik, kami semua sayangkan adik...
Tuesday, 8 January 2013
1st Day Yana Kat Tadika...
Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...ni gambar Yana masa 1st day kat tadika, haaa jgn tak tau, senyum lebar tuuu....hihihihi, sebenarnya Yana ni mmg anak yg cerdik, dah tau dah dia tak akan nangis sbb xcited sgt nak g sekolah...tp dlm masa yg sama dia sedih sbb terpaksa tinggalkan umi dia srg2 kat umah..
Tiap2 hari sebelum g sekolah dia akan pesan ' masa adik g sekolah nnt, umi jaga diri elok2 tau." ..Macam nenek tua...hihihihi
Hari kedua tu dia siap pesan suruh umi ambik lambat sbb adik nak main gelongsor dulu, dia cakap...amboii, bila dah g sekolah tak nak balik pulak...macam2 la Yana ni..
Hari ni pulak dia xcited sgt sbb cikgu bagi homework....hahaaha, org lain tak nak hwork, tp dia terlebih xcited la pulak...ye la, 1st time dpt hwork kan....tgk la hujung tahun nnt, kompem tak nak g sekolah kalau hari2 cikgu bg hwork...hihiii
Apa2pun umi ngn papa doakan adik berjaya dunia dan akhirat, sentiasa dilindungi oleh Allah dan membesar dgn sihat dan menjadi anak yg baik...Aamiin
Subscribe to:
Posts (Atom)